Pejam Celik Pejam Celik..Dah Ramadhan :')

>> 7/31/2011

Assalamualaikum

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia untuk bertemu dengan Ramadhan,bukan nama orang,--' tapi bulan puasa.seronok!! Now,penyimpan mohor besar yg dok umum puasa dgn raya tu pun dah tukar.haih,rindu lah nak dengar ex-pengumum tu..ya lahh dulu dok sakat cara dia bercakap,haha..

Okay..bukan tu point yang aku nak sampaikan,tapi ramadhan kali ni yg aku nak cerita.seronok!teruja! Itulah perasaan aku sekarang ni..,esok dah puasa,aku berazam nak puasa penuh tahun ni,tidak bermakna yang puasa aku sebelum ni tak penuh,haha.tapi aku nak try buat betul-betul, dan terawih tadi aku tengok bukan main lagi 6-7 baris jugak lah yang datang.alhamdulillah,tapi pada firasat aku mungkin akan bertahan hingga 15 Ramadhan cuma,tapi aku harap tak akan berlaku lah!!aminn..tambahan lagi calon S.P.M 2011,ambillah kesempatan yang ada di bulan puasa ni.buat lah terawih walaupun 8 rakaat cuma.

Aku tak sabar nak tadarus,aku mmg masuk acara ni tetiap tahun,ya lahh qari sekolah lah katakan(qari sekolah rendah),hahah..dan aku rasa nanti sekolah mesti buat bubur lambuk dan yang penting Ahli Kelab Sains Sukan,mesti buat punyalah dengan resepi tradisi kitorang,hahah..

Di kesempatan ini Muhammad Muizzuddin menyusun sepuluh jari memohon maaf kiranya ada salah yang MM buat dan MM juga mengucapkan Salam Ramadhan Kepada:
Mak tercinta
Adik-beradik yg gila
Pak long,Mak long
Pak lang,Mak lang
Pak ngah,Mak ngah
Pak tam
Pak cik,Mak cik
Pak su,Mak su
Sepupu sepapat

Dan seluruh keluarga samada yg bau bacang cuma ataupun tidak,
Classmates:
Epul,bobo,tinggi,abu,shahida,ecah,azi,huda,faz,eqin,dayu,ayu,amalina,aini,hajar,saidah,maiza,wardah,zarina,busuk

Kawan:
Faiz,anuwar,akmal,mail,fariz,danial,anas, dll

Sahabat sefasi:
Imran,shahirah,puteri,azira,najib,rizq fairuz,munawwar,fitri,fariha,Immazaitul dll

Member sekolah rendah:
Suzi,addin,fadzli,nasri,acop,azam,najla,wani,noni,fatihah,izzati,nini,hisyam,syafawati, dll



Tak lupa juga pada SLISSIAN yg stil aku contact:
Husna,husna,syazwan

Dan seluruh umat Islam di dunia.

Yg aku tak mention nama sorry tau!penat nak taip..tingkatkan amalan di bulan yg mulia ini,dan semoga apa yang kita buat di bulan yang barokah ini akan diberkati Allah s.w.t aminn..

#Aku akan try post Ramadhan Story,satu minggu satu post..

Entry Esok!

>> 7/30/2011

Aku rase blog kepunyaan blogger Muslim akan taip entry 'Selamat Berpuasa' atau apa-apa yg sewaktu dengannya dan termasuklah aku.haha..tak sabar nak baca entry korg!haha

Rindu? Memang Pun!!

>> 7/29/2011

Memang saya rindu awak pun,awak nak marah? Marah lah..saya tak kisah,perasaan saya kan...even kita sekarang dah ke haluan masing-masing.tapi aku rindu time dulu dulu tu,happy je..gelak tawa,kongsi masalah,.yang penting bukan bual kosong..haha..semoga awak berjaya dunia dan akhirat di mana dapat mengejar segala cita-cita awak..awak jangan cepat putus asa kay.. Dan saya ucapkan tahniah kat awak sebab dapat adik baru..seronok lah kan..

Aku Tahu Kau Boleh Buat!!

>> 7/17/2011

Assalamualaikum
Hye..realiti.kadangkala ia adalah sesuatu yang susah untuk kita terima dan adakalanya kita seronok dengannya,namun sampai bila realiti itu akan berpihak kepada kita,..jadi sebab aku tulis benda ni khas didedikasikan kepada salah seorang sahabat a.k.a klien aku,..aku tahu kau boleh,percayalah, S.P.M tak lama lagi kan?..,mungkin buat masa sekarang ni pada kau realiti itu amat menyakitkan bukan?..kau kena redha dengan ketentuan tu,ada hikmah disebalik semua ini.jangan kau jadikan semua ini sebagai penghalang buat kau,tapi jadikan sebagai satu semangat untuk kau terus berjaya,tak bermakna kau berada di kelas dua terakhir kau tak boleh buat,?kalau kau usaha tentu ada hasil,macam pepatah arab kata ''man jadda wa jadda,wa man zara'a hasoda'' di mana maksudnya lebih kurang siapa yang berusaha pasti akan berjaya,masalah kau aku pasti kau boleh atasinya lah..kitorang ada weyh..Budak kelas atas,para pengawas dan PEMBIMBING RAKAN SEBAYA sudah pasti sedia untuk bantu kau,tapi dari segi kewangan,aku susun sepuluh jari lah,tak dapat aku nak tolong,so,kau terus kan dengan kehidupan kau. Jangan buat perkara yang tak masuk dek akal pulak!!

Aku tau kau boleh buat!!




Sekali Aku Sayang Kau,Aku Sayang Kau Selamanya

Ceramah Ust.Ali Dragon

>> 7/15/2011

Assalamualaikum

Okay..aku nak kongsi lah pengisian yang di berikan oleh Ali Dragon pada pagi Jumaat tadi

Kisah Epal
Aku rasa ramai dah tahu kot cerita ni.but aku nak kongsi so,aku taip je lah.pada suatu hari ada seorang pemuda duduk dibawah sepohon pokok akibat keletihan dan kelaparan,tiba-tiba,ada sebiji epal kat dalam sungai tu,so,pemuda tu pun ambillah dan makan buah tu,and then dia tersedar bahwa buah epal tu bukan lah miliknya,dia berhenti makan,jadi atas rasa serba salah dia menyusuri anak sungai tu and terjumpa lah kebun epal dan dia carik tuan kebun tu,lalu tuan kebun tu mengenakan syarat kiranya ingin dimaafkan kesalahan beliau,beliau kena bekerja dengan tuan kebun tersebut,selang beberapa tahun dia bekerja,sampailah masanya untuk beliau beredar, but tuan kebun tu mengenakan syarat sekali lagi,dan syarat tersebut ialah KAHWIN DENGAN ANAK PEREMPUAN BELIAU yang BUTA,BISU,PEKAK..maka si pemuda tersebut dengan redha kahwin,namun beliau terkesima kerana anak tuan kebun itu TIDAK PEKAK,TIDAK BISU,dan TIDAK TULI,maka si tuan kebun itu menjelaskan bahawa anaknya itu
1.BUTA KERANA TIDAK PERNAH MELIHAT BENDA MAKSIAT
2.PEKAK KERANA TIDAK PERNAH MENDENGAR PERKARA MAKSIAT
3.BISU KERANA TIDAK PERNAH CAKAP PERKARA MAKSIAT

Jadi perkahwinan antara seorang PEMUDA YANG BAIK dan WANITA YANG BAIK maka lahirlah seorang ulama' yang hebat iaitu IMAM SYAFIIE

Moral??
setiap apa yang kita buat akan berbalik kepada kita,ketahuilah kiranya kita tidak solat maka anak kita juga begitu ataupun lebih teruk daripada itu,kalau kita pakai baju sendat,tak tutup aurat, dedah sana,dedah sini maka zuriat kita akan jadi macam kita. Jadi setiap apa yang kita lakukan akan dilakukan oleh anak kita.


Dan ingat lah bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..

Bukan lah aku taip benda ni sebab aku ni perfect,tak!! Kita kena saling ingat mengingati antara satu sama lain,

Seronok kan??--'....hahaa

Aku Dah Tak Terkata

>> 7/02/2011

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

copyright 2011\2012 muhammadmuizzuddin