Aku Nak Jadi Perdana Menteri Malaysia
>> 9/13/2011
Assalamualaikum(:
Mungkin ada yang terkejut dengan tajuk entri kali ini yang
gempak semacam je. Relaks, relaks, bukannya apa, tajuk itu
hanya sekadar penarik minat anda untuk terus membaca blog ini.
Iyalah, kalau tajuk bosan, mesti tak ada orang nak baca, kan?
Lagipun tajuk itu sebenarnya merupakan cita-cita seorang rakan
aku, tetapi siapa si dia, hanya Allah sahaja yang tahu. (:
''Ah, tak naklah masuk pertandingan tu, confirmlah aku kalah.
Lagi-lagi si polan tk juga, memang sahlah aku tak ada peluang
nak menang. Buang masa je!
''
Pernah tak terlintas di fikiran anda, perkara seperti di atas?
Tipulah kalau anda mengatakan bahawa anda tidak pernah
berasa sebegitu. Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita semua
mempunyai perasaan takut untuk mencuba perkara baru yang,
pada fikiran kita, sangat mustahil untuk direalisasikan.
Tadi aku sempat membaca Solusi isu #35
Walaubagaimanapun aku tak sempat menghabiskan lagi majalah tersebut kerana sibuk
sangat dengan peperiksaan percubaan.
Sekarang baru ada masa sikit nak luangkan untuk membaca
majalah kegemaran aku ini.
Ada satu artikel yang menarik minat aku, iaitu sebuah artikel
karya Umar Muhammad Noor bertajuk “ Orang Besar, Semangat
Besar”. Selepas membaca, terdetik di hati aku, ‘Aku patut
share artikel ni dengan kawan-kawan aku.’ And that is exactly
what I’m doing now.
Orang Besar vs Orang Kecil
'Begin with the end in mind' - Stephen Covey
Apa maksud Stephen Covey itu? It's simple. Sebelum kita
melakukan sesuatu pekerjaan, bayangkan kejayaan ataupun hasil
daripada pekerjaan itu. Visualize the success in front of your eyes.
Perkara ini akan memberi kesan psikologi kepada kita, sekaligus
menjadikan kita lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu.
Orang 'besar' akan sentiasa berkata " Perkara ini boleh
dilakukan!" manakala orang 'kecil' akan berkata "Perkara ini
mustahil dilaksanakan!"
Orang yang Bercita-cita Rendah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Kejarlah apa yang
berguna untukmu, minta bantuan daripada Allah, dan jangan
lemah. Apabila ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau
berkata ' Kalau begini, nescaya tidak akan begitu.' Akan tetapi,
katakanlah, 'Ini takdir Allah.' Sesungguhnya 'kalau' akan
membuka pintu syaitan." - Riwayat Muslim
Allah sangat suka kepada orang yang bersemangat tinggi, dan
membenci orang yang lemah semangat. Mereka yang lemah
semangat seringkali melepaskan peluang untuk mengecapi
kejayaan begitu sahaja. Alasan mereka? " Ah, ini mustahil!"
Akhirnya mereka akan sentiasa menghadapi kegagalan
sepanjang hidup mereka kerana ketakutan mereka itu.
Untuk berjaya, kita tidak boleh takut menghadapi risiko dan
kegagalan. Bukankah kegagalan itu jalan menuju kejayaan?
Bukankah dugaan dan rintangan itu yang menjadikan kita lebih
tabah dan kuat? Bukankah dengan melakukan sesuatu perkara
yang baru, kita akan dapat meningkatkan potensi diri kita?
"Sesiapa yang menginginkan sesuatu yang besar, maka ia tidak
boleh takut menghadapi risiko yang besar." - Muawiyah bin
Abu Sufyan
Sekarang, sila ambil lima minit untuk muhasabah diri kita. Adakah
kita tergolong dalam kalangan orang besar ataupun orang kecil?
Renung-renungkan:)
